ARKIB : 13/05/2012 MINGGUAN MALAYSIA Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1 Sekolah digalak adakan program tingkat prestasi pelajar KUALA LUMPUR 12 Mei - Langkah pengurusan sekolah mengadakan pelbagai program bagi membangkitkan semangat pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik amat dialu-alukan. Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik berkata, usaha itu perlu bagi memastikan para pelajar mempunyai nilai tambah sebelum menamatkan persekolahan mereka. "Langkah menganjurkan program bertujuan mendedahkan para pelajar dengan ilmu tambahan sepatutnya dilakukan secara berterusan. ''Dengan adanya usaha sebegitu sudah tentu dapat mendedahkan pelajar kepada bidang kerjaya yang lebih luas," katanya pada majlis perasmian Seminar Penulisan Kreatif Sekolah Menengah Taman Datuk Harun di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai, Datin Wong Fong Leng. Seminar yang diadakan tersebut mendedahkan para pelajar dengan cabang penulisan kreatif. Ia dikendalikan oleh novelis Ramlah Rashid yang pernah menghasilkan novel seperti Biarkan Indah Berlalu, Lara Di Jiwa Ajym dan Kemboja Di Hati. Tambah Hanipuddin, penganjuran seminar penulisan tersebut dapat membuka minat pelajar dalam lapangan penulisan sekali gus meningkatkan prestasi penulisan bahasa Melayu. "Ramai dalam kalangan penulis novel berjaya membina kerjaya dan mengecapi kehidupan yang lebih selesa. Justeru para pelajar yang hadir perlu memanfaatkan peluang ini demi menambahkan pengetahuan masing-masing," ujarnya
Wednesday, May 16, 2012
SEMINAR PENULISAN KREATIF BERSAMA NOVELIS RAMLAH RASHID
Posted by
Rasha_rz
at
2:20 AM
0
comments
Links to this post
Saturday, March 17, 2012
KEMBARA KARYA SETERUSNYA...
Pada tarikh 29 Mac 2012 sekali lagi saya diundang memberi anjakan minda kepada para pelajar sekolah. Kali ini SMK Pasir Gudang Johor sebuah sekolah boleh digolongkan sebagai sekolah terbaik, tidak menempatkan kelas Kesusasteraan Melayu. Saya bersetuju kembara ke Selatan tanah air meski sedikit jauh & terpaksa mengatur jadual percutian saya & suami khas buat para pelajar. Saya ditanya tentang bayaran, tiada jawapan rasmi dari saya, cuma saya meminta pihak sekolah membeli buku2 saya untuk mengisi rak buku di pusat sumber sekolah di samping memberi kebenaran mengadakan pameran buku utk dijual kepada pelajar dan para guru yang berminat. Sekolah bersetuju pada dasarnya pun begitu beberapa keping wang Riggit Malaysia disisip kepada saya sebagai sagu hati pastinya. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.
Itu bukanlah perkara pokok yang mahu saya titipkan di sini, tetapi ada yang lebih menarik yang membuat hati saya menguntum senang sewaktu bergerak meninggalkan sekolah berkenaan iaitu penerimaan pelajar dan pihak guru2.
Saya difahamkan peruntukan tempat disediakan untuk seramai 150 orang pelajar, tetapi yang mendaftar untuk seminar penulisan cerpen kreatif itu melebihi 200 pelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Oleh itu demi memenuhi sasaran, pihak sekolah mengena kan bayaran RM1.00 kepada para peserta. Siapa cepat dia dapat & wang itu untuk sehelai sijil penyertaan.
Tepat jam 12.30 tengah hari, saya dan suami tiba di perkarangan sekolah, sesampainya kami, kami disambut mesra beberapa orang guru. Beberapa minit kemudian, sampai saya ke sebuah dewan sederhana besar dan selesa untuk berseminar. Di dalamnya sudah bersusun para pelajar dengan semangat membara. Masing2 membawa buku catatan dan pen. Saya diperkenalkan secara tipis oleh guru selaku pengerusi program kepada peserta, selanjutnya saya menyambung sedikit lagi sebagai salam kenal salam sayang dari saya sebelum memulakan tips mengarang & pengertian cerpen yg sebenar.
Sepanjang sesi seminar berlangsung, saya menerima maklum balas yang sangat memberansangkan, rata2 pelajar memberi penumpuan hampir 100%. Seringnya didapati kaum Adam kurang berminat dengan genre penulisan, tetapi berlainan dengan pelajar sekolah ini. Sama hebatnya lelaki & perempuan. Berbunga lagi hati saya.
Sehabis seminar, seperti biasa saya memberi peluang penggemar buku yg tidak menemui buku2 saya di pasaran diberi peluang mendapatkannya. Sekali lagi, sangat tidak terduga oleh saya, buku yang dipamerkan habis disambar. Bukan sahaja para pelajar tetapi juga pendidik - para guru. Sering saya mendengar, profesyen perguruan sgt sibuk sehingga tidak ada masa utk diri sendiri. Membaca terus dikuburkan demi memenuhi tuntutan kerja. Tetapi berlainan dengan para pendidik di SMK Pasir Gudang. Saya bertanyakan kpd seorang guru, adakah masih ada masa untuk dia membaca novel. Jawabnya sambil tersenyum, jika kita bijak merancang, masa sentiasa ada. Katanya lagi, dia gemar membaca, oleh itu, pasti ada sahaja masa utk dia membaca lebih2 lagi novel. Membaca novel menambah ilmu & pengalaman untuk kami mendidik para pelajar. Sekali lagi hati saya mengharum. Terima kasih... ucap saya perlahan.
Sewaktu santai minum2 di cafe sekolah bersama beberapa orang guru, saya disapa seorang pelajar, berbangsa India. Manis parasnya, manis juga bahasanya. Beliau membawa karyanya untuk saya baca dan semak.Katanya dia sangat berharap saya memberi komen utk dia belajar mengarang. Cerpen dlm Bahasa Melayu dia diserah kpd saya. Buat pertama kalinya saya dipertanggung jawabkan menyemak dan membuat pembetulan. Apa lagi yang boleh saya katakan selain angguk setuju. Sekejap sahaja saya menyudahkan pembacaan, pada saya ianya sebuah cerpen yang sangat menarik meski terdapat beberapa kesalahan kecil namun tidak mencacatkan jalan ceritanya.Saya sangat tidak menyangka remaja seusia Devi berupaya menghasil karya sebaik itu. Tahniah sekolah, keluarganya dan Devi sendiri. Doa saya semoga beliau berjaya menjadi pengarang yang baik 1 hari nanti.
Posted by
Rasha_rz
at
11:40 AM
0
comments
Links to this post
Friday, March 16, 2012
SINOPSIS BIARKAN INDAH BERLALU
Indah keliru mahu menurut atau menolak kemahuan hatinya. Demi kasihnya pada Putri, dia mahu memberi hadiah paling berharga yang boleh membahagiakan anak itu. Danial cerita masa kini Indah sementara Azril kisah silamnya. Mengikut adat & tuntutan agama, seharusnya Indah memilih Azril tetapi jauh disudut hati Indah, terpahat Danial. Ayah & ibu pula mahu Indah bahagia selepas teruk jiwa anak itu didera mereka. Berbirat parut rotan di tubuh Indah kian menghilang namun kesakitan itu terus kekal di hatinya. Orang tua Azril bijak benar memainkan peranan, menghasut dan memprovok supaya orang tua Indah menerima anak mereka. Tidak diketahui semua, suami isteri itu punya agenda lain, mahu merebut Putri. Setelah usia meningkat & kesedaran mereka tidak mungkin dikurnia cucu lain selain Putri, mereka mahu Putri kekal dalam peliharaan. Jika Danial mejadi pilihan Indah bakal berputih mata kesemua mereka .Tidak mungkin Putri mereka miliki kerana hubungan rapat Danial & Putri. Meski berupa anak tiri, kasih Danial sudah penuh sebelum ujud Indah dalam hidupnya.
Dalam kemelut kesakitan perasaan Indah mahu memenangkan Danial, muncul ibu susuan Putri menuntut hak. Katanya Putri hidup dengan air susunya, Putri membesar dengan kewangan dan kasih sayangnya. Indah tidak berhak langsung kerana Putri pernah tidak diakui Indah sewaktu lahirnya serta ibu seperti Indah tidak mungkin mampu membesarkan Putri. Demi memenangi perbicaraan tuntutan itu, Indah tekat memilih Azril meski jijik benar dia mahu meletak lelaki itu di antara dia & Putri. Danial pasrah dalam kemelut cinta yg rumit, berdoa dia & Indah saban waktu agar berjaya melupai antara 1 sama lain. Bagaimana kesudahan kemelut emosi setiap watak dalam BIARKAN INDAH BERLALU...
Posted by
Rasha_rz
at
6:51 AM
0
comments
Links to this post
Saturday, February 25, 2012
NOVEL BIARKAN INDAH BERLALU...

Ilham hingga terhasilnya BIARKAN INDAH BERLALU (BIB), banyak. diantaranya :
1)melihat ramainya bayi yang dibuang sebaik lahir. Ada yang sempat diselamatkan & sebaliknya. Sering saya menangisi berita kematian bayi2 tidak berdosa itu. Suami juga pernah berkata, kalau dia terjumpa bayi yang dibuang begitu, dia sanggup memelihara bayi itu seperti anak sendiri. Saya cuba menyelami apa sebenarnya perasaan si ibu yang nekat membuang bayi yg dikandung 9 bulan dgn bersusah payah. Tidak ada seorang ibu pun yang menyangkal sukarnya melalui saat kehamilan. Pun begitu, kenapa kaum Hawa yg diberi naluri keibuan menjadi sekejam itu...
2)Kisah yg diceritakan kpd saya, bagaimana derita gadis yang diceroboh marwahnya (rogol) malalui kehidupan lebih2 lagi jika akibat perbuatan itu dia hamil pula. Tidak kira sama ada orang terdekat atau tidak dikenali, pengalaman ngeri itu akan terus terpahat di fikiran. Menghantui dalam tidur & jaganya. Saya cuba menyelami perasaan mangsa dan keluarga mangsa.
3)Kesah orang gelandangan yang mengharap ihsan masyarakat turut menggamit perasaan saya untuk berimaginasi.
4)Seorang wanita tua menceritakan kepada saya bagaimana kekesalannya kerana mendesak anak gadisnya menggugur kandungan kerana takutnya dia berhadapan masyarakat. Setelah pelbgai usaha membuang janin tidak berhasil, dengan redha si ibu menerima hadir seorang bayi perempuan. Melihat paras si comel yg mirib anak gadisnya sewaktu kecil, si nenek menjadi wanita yg diburu kekesalan. Saya berimaginasi lagi, berusaha menyelami perasaan nenek itu.
Dengan ilham2 & idea2 itu, maka dalam 6 bulan... BIARKAN INDAH BERLALU sampai ke ayat terakhir. Dan kini saya bernafas lega apabila BIB diterima penerbit, disunting editor. Dan seperti biasa, debaran saya semakin terasa apabila semakin hampirnya tarikh BIB menyapa dunia novel.
Harapan saya pd BIB - novel ke 13 saya, agar ia dapat memberi sedikit hiburan di saat santai pembaca & memberi pesanan kepada para remaja. Saya tidak hendak mengajar kerana kepantangan remaja jika mereka diajar. Ibu2 & bapa2 juga tidak gemar diajar bagaimana mendidik anak2, tetapi saya bawakan BIB adalah untuk diri saya sendiri. Semoga saya menjadi insan tabah, redha & pasrah disamping giat berusaha...
Posted by
Rasha_rz
at
7:01 AM
0
comments
Links to this post
Wednesday, February 15, 2012
Utusan Malaysia Online - Sastera
Posted by
Rasha_rz
at
8:01 AM
0
comments
Links to this post
Wednesday, January 18, 2012
AKIBAT HUTANG ALONG...
laporan harian metro 18.1.12
Jutawan gundah diburu along
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Seutas jam tangan bernilai RM200,000 dan ruang pejabat yang digunakan sejak enam tahun lalu. Itu harga perlu dibayar seorang ahli perniagaan berstatus jutawan yang kini hidup kebimbangan apabila gagal melunaskan bayaran kepada ceti haram selepas mengalami masalah kewangan sejak empat bulan lalu.
Jumlah keseluruhan pinjaman mencecah setengah juta ringgit, dia kini berdepan kemungkinan sebuah lagi ruang pejabat miliknya akan terlepas ke tangan along menjelang perayaan Tahun Baru Cina minggu depan jika gagal menjelaskan hutang terbabit.
Menurutnya, yang hanya mahu dikenali sebagai Izham, 36, kekalutan hidupnya bermula selepas dia mula meminjam daripada along awal tahun lalu ketika mahu membayar gaji pekerja syarikatnya pada Aidilfitri lalu, namun pinjaman itu dapat dijelaskan sepenuhnya tidak lama selepas itu.
Katanya, along yang juga kenalan baiknya sejak beberapa tahun lalu juga menawarkan pinjaman lain selepas mendapati dia membayar mengikut masa dijanjikan dan selepas itu, perniagaannya mengalami masalah dan jadual pembayarannya kepada ceti haram juga terganggu.
“Saya membuat perjanjian untuk menjelaskan tunggakan bayaran sebelum Tahun Baru Cina kerana sepatutnya menerima wang hasil perniagaan syarikat. Malangnya, saya juga ditipu menyebabkan pejabat saya kini jadi
Posted by
Rasha_rz
at
6:51 AM
0
comments
Links to this post
Monday, January 9, 2012
Kebangkitan baru penulis muda

ARKIB : 08/01/2012 (UTUSAN)
Oleh Yahaya Ismail
HARI ini kegiatan kesusasteraan Melayu bukan menjadi hak monopoli golongan elit kerana sasterawan sudah mencapai taraf "menopous" dalam kegiatan kreatif. Mereka cuma menggilap karya-karya mereka di zaman lampau dengan segala mimpi kehebatannya.
Kononnya karya-karya mereka itulah yang menjadi mercu tanda puncak mutu karya sastera yang teragung. Inilah mimpi yang mereka abadikan dalam keuzuran mereka untuk terus menerus bergiat secara serius di bidang ini.
Kini karya penulis muda membanjiri pasaran sebagai bahan bacaan dengan novel-novel yang ditujukan kepada para pembaca golongan belia khasnya. Mereka menggarap dunia remaja dengan segala percintaan, kegagalan, harapan dan kekecewaan yang segar dalam lingkungan hidup mereka. Anda anggap karya-karya itu sebagai karya picisan, tidak bermutu sastera? Anda mencemuh mereka dan menganggap mereka bukan sasterawan tulen?
Jangan sekali-kali merendahkan sumbangan mereka. Mereka mengisi keperluan bacaan generasi yang lebih hebat konflik kehidupan dari era 1960-an sewaktu para penulis mengisi kemiskinan karya-karya sastera yang bermutu pada waktu itu. Bukankah pada era 1960-an karya-karya Yahya Samah seperti Perahu Kecil Belayar Malam yang meneroka dunia keghairahan seks mendapat sambutan hangat dari masyarakat pembaca?
Pada era 1960-an lahirnya Salina karya A. Samad Said, Patah Sayap Terbang Jua (A. Samad Ismail), Krisis (Alias Ali), Terdedah dan Menteri (Shahnon Ahmad) dan beberapa buah karya besar dari pena Arenawati, Abdullah Hussein, S Othman Kelantan dan sebagainya. Banyak penerbit Melayu muncul untuk memperkenalkan karya-karya sastera dan penerbit-penerbit kecil inilah yang menyuburkan kegiatannya.
Gerakan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memainkan peranan aktif di bidang sastera walaupun karya-karya sastera seperti novel tidak banyak diterbitkan. Namun infrastruktur pembinaan kegiatan sastera dan budaya menjadi kekuatan DBP apabila ia mengadakan gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pegawai DBP yang terkenal sebagai sasterawan seperti Usman Awang, Keris Mas, Hassan Ahmad dan lain-lain selalu menerima undangan untuk memberi ceramah sastera di serata pelosok tanah air.
Sekali air bah sekali pasir berubah. Kini penulis-penulis muda timbul seperti cendawan terutama sekali kalangan wanita. Mereka tidak mencari ilham dan petunjuk jalan dari sasterawan -sasterawan veteran yang hidup di mahligai mimpi. Sumber kekuatan kreatif mereka terletak pada kemampuan mereka berkarya menurut suara hati anak-anak muda yang menghadapi cabaran yang paling hebat dari angkatan lama. Mereka terdedah pada teknologi maklumat melalui facebook, twitter dan Internet yang tidak pernah menjadi sumber ilmu pada para penulis tahun-tahun 1960 dan 1970-an.
Tidaklah hairan kalau novelis muda mendapat perhatian khalayak pembaca yang lebih besar dari tahun 1960-an dan 1970-an. Ada penulis wanita yang memperolehi royalti lebih RM100,000 untuk sebuah novel yang dijual lebih dari 50,000 naskhah. Barangkali A. Samad Said dan Yahya Samah tidak memperolehi royalti sebanyak itu untuk sebuah novel ciptaan mereka. Jadi janganlah hairan kalau penulis muda ini menjadi kaya raya hanya dengan penulisan novel.
Mereka menghayati dunia mereka dan inilah sumber kekuatan mereka. Mereka tidak peduli nasib bangsa dan negara kerana konflik yang mereka hadapi, generasi mereka, adalah lebih bersifat peribadi sebagai manifestasi dari kehidupan anak-anak muda sekarang.
Justeru mereka tidak peduli apakah karya-karya mereka dianggap picisan. Persetan dengan kritik-kritik negatif seperti itu. Yang penting mereka mahu mengangkat persoalan kehidupan generasi muda sekarang dengan segala dukalara, mimpi-mimpinya, dengan segala kerinduannya.
Kepada para penulis muda jangan patah semangat kalau kalian dianggap sebagai penulis picisan. Terus berkarya dan menghasilkan sebanyak mungkin yang mampu dalam pengembaraan hidup sebagai penulis. Para peminat sastera menilai dan membaca karya-karya kalian kerana membicarakan isu-isu yang menyentuh hati nurani generasi muda kalian.
Tidak perlu anda menyangkut harapan dan bantuan dari badan-badan penulis. Anda menjadi terkenal sebagai penulis kerana karya-karya kalian, bukan sebagai ahli mana-mana badan penulis. Saya pernah memimpin PENA pada masa lalu tetapi tidak pernah mengharapkan PENA untuk membentuk jiwa saya menjadi penulis.
Idealisme
Kalian mempunyai wilayah pembaca yang lebih besar dari era 1960-an dan 1970-an. Kalian boleh hidup mewah dengan penulisan novel, dan teruskan kegiatan itu walaupun membicarakan soal percintaan anak-anak muda, hal rumah tangga dan idealisme orang muda. Belajarlah dari pengalaman hidup, tambahkan ilmu dan terus menerus membaiki mutu penulisan dan garapan anda.
Anda harus menghayati dan mengalami transformasi minda terlebih dulu dari masyarakat pembaca. Karya-karya kalian akan menjadi contoh terbaik untuk membuktikan bahawa kalian sebagai penulis, adalah pencetus idea-idea baru yang progresif.
Hari ini dunia sastera anda yang punya. Warnailah dengan segala kebijaksanaan anda sebagai penulis kreatif, tanpa malu dan segan untuk menyatakan hak anda sebagai penulis. Anda perlu membentuk sejarah anda sendiri dan bukan sejarah membentuk diri dan jiwa anda
Posted by
Rasha_rz
at
5:19 AM
0
comments
Links to this post

